Wednesday, 22 October 2014

Zapin & Inang

Muzik Zapin

Zapin asal usulnya dari Timur Tengah, dibawa oleh pedagang-pedagang Arab yang berdagang di Malaya dan Singapura pada abad ke-19, Muzik Zapin selalunya dimainkan dengan gambus. Tempo muziknya antara tempo sederhana dan laju rancak. Zapin juga mempunyai identiti yang tersendiri dalam dunia tarian Melayu.


Alat muzik lain yang memimpin muzik Zapin ialah violin dan akordian. Sebagai contoh, para pemuzik akan bertukar giliran untuk memainkan solo antara satu sama lain untuk mempertunjukkan kecekapan masing-masing. Alat muzik rebana pula akan mengiringi rentak Zapin.


Aswara Percussion Ensemble di Sacheon Korea Selatan


Aswara - Ensembel Zapin - Legasi 2014


Muzik Inang


Muzik inang ini adalah berkaitan dengan seorang inang pengasuh, iaitu seorang ketua dayang di dalam istana pada zaman kesultanan Melayu dahulu. Inang pengasuh ini bertanggungjawab atas menjaga puteri di dalam istana. Joget Inang merupakan muzik rancak yang seperti mengikuti lenggang-lenggok perjalanan inang pengasuh ini. Temponya juga laju.


Pada abad ke-19, sewaktu zaman kegemilangan seni Bangsawan, muzik inang sering dimainkan pada adegan-adegan dramatik yang ringan. Muziknya boleh dimainkan dengan alat-alat muzik barat seperti mandolin dan violin, serta alat-alat tradisional seperti rebana.


Aswara - Kumpulan Melayu Asli - Legasi 2014

No comments:

Post a Comment