Sunday, 9 November 2014

Alat Muzik Tradisional Sabah

Di sini, ingin memperkenalkan beberapa alat muzik dari Sabah. Kenapa pilih topik ini? Kenapa Sabah? Kerana dalam beberapa hari lagi, kami akan membuat persembahan di Sabah! Ok, jangan berleter, sini kita bermula belajar benda baru.


Gong
Gong merupakan alat muzik yang amat penting untuk jadi tulang belakang dalam persembahan dan digunakan hampir semua upaca sosial. Bilangan gong yang diperlukan amat bergantung kepada keperluan masyarakat masing-masing. Di Sabah, gong sering dijadikan hantar berian, upaca animistik, isyarat dan perayaan pesta-pesta menuai. Gong yang lebih popular mempunyai dinding yang tebal, bibir yang dalam serta tombol besar, ditempah dari Indonesia, Filipina atau Brunei.



Bungkau
Kecapi mulut bungkau diperbuat daripada kulit sejenis pokok palma yang dikenali sebagai polod oleh Kadazandusun. Tangan yang halus dan mahir amat diperlukan hanya untuk mengukir bungkau. Kepingan berkayu yang nipis terletak di tengah alat ini bergetar dengan memukulnya dengan ibu jari.





Sompoton
Antara banyak-banyak alat muzik tradisional di Sabah, sompoton mereupakan alat muzik yang amat unik dan sangat menarik. Diperbuat daripada sebiji labu yang kering dengan 8 batang paip buluh disusun dalam 2 lapisan. Dengan meniup dan menyedut mulut labu itu, pemain boleh memainkan harmoni yang sedap. Sompoton boleh dimainkan dengan seorang ataupun secara ensembel untuk mengiringi tarian.


Togunggak

Idiofon bambu paluan ini dimainkan dalam kumpulan untuk mengiringi tarian atau perarakan di pesta-pesta di Sabah. Satu set alat muzik ini merangkumi 6 totungu hingga 30 tatunggak buah, bergantung kepada suku kaum. Bungi muzik yang dihasilkan menyerupai dengan satu set gongm dengan setiap idiofon diselaraskan bunyinya mengikut gong sebenar yang dimainkan.



Kulingtangan
Selalunya kulingtangan dimainkan dalam majlis-majlis dan perayaan sepertan majlis perkahwinan dan upacara keagamaan. Kulingtangan ada 8 atau 9 buah gong cerek yang kecil, setiap gong cerek ini menghasilkan pic-pic yang berlainan. Gong-gong cerek ini disusunkan dalam satu baris didalam sebuah rangka kayu rendah. Alat ini dimainkan dengan menggunakan dua pemukul kayu kecil. Pada zaman sekarang, gong cerek yang pic-pic yang berlainan ditambahkan untuk memainkan lagu moden bagi tujuan persembahan.


No comments:

Post a Comment